Baiknya Tuhan



Baiknya Tuhan, kederhakaan hamba-hamba-Nya Tuhan tidak hukum dengan segera

Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu

Tuhan bagi dia peluang, berfikir, sedar dan insaf

Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian

Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan

Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit

atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf

Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf

Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat

Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan, ditimpa bala yang berat

Huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka

Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum

Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya

Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar,

kemuncak penderitaan ialah Neraka

Haraplah ambil perhatian cerita ini

Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri

Masanya belum lagi terlambat

Kembalilah segera kepada Tuhan

Takutilah Allah dan cintailah Dia

Berkasih sayanglah sesama manusia

Apatah lagi sesama keluarga

Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup

Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi